Monday, June 27, 2011

Nora Elena.. dRaMa y SGt MeNaRiK..


Da masuk 2 minggu Drama Nora Elena abih ditayangkan oleh TV3 jam 7pm.. Penangan nye sgguh hebat krn bjaya mmbuat kan ak balik umah awal.. (sblom nie asyik balik lambat je..mnjadi smakin malas.. ahaha).. skunk ak da suke balik awl!!.. no more workholic.. ahahha...
berbalik kepada cite nie.. ops, drama.. ia adalh sebuah drama y di adaptasikan dari novel KASIH YANG SUCI.. secara tidak langsung, novel itoo menjadi "target book" atau kegilaan ramai cam drama ye gak... wahh, cam harry porter laks kn.. ehehe.. ia di bintangi oleh Aaron Aziz as seth tan, Siti Saleha as nora elena, Wan Sharmila as evonne, Zul Ariffin as eid, Erry Putra as amir dan Puteri Fateen as member nora elena.. da lupe.. ahaha...
nie sipnosis ye.. y ak copy paste// :P

sipnosi yang sama ngan Novel KASIH YANG SUCI.. :)

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

p/s: sape y lom tgk.. sila la tgk bes.. terbaek!!.. aahhaha

No comments:

Post a Comment